Tuesday 15 November 2011

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.
Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat  kecil.
Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.


Ayat Majmuk Pancangan
Ayat RelatifAyat KomplemenAyat Keterangan
Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil.Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung.
Perhatikan contoh berikut:
1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman.(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman
(3) Kanak-kanak itu cedera
Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecildengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.
Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.Perhatikan contoh berikut:
Dia memberitahu sesuatu
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``giginya sakit'' atau ``membeli baju baru'' atau ``akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.
Dia memberitahu giginya sakitDia memberitahu membeli baju baru
Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.
Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif.
Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama.
Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.Contoh:
Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.
Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman.
Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman.
Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.
Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan:
kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.
Perhatikan pula contoh yang berikut:
(1). Atan yang cepat naik angin menampar budak yang suka mengintai orang kampung itu.(2) Atan menampar budak itu.
(3) Atan cepat naik angin
(4)  Budak itu suka mengintai orang kampung.
Ayat (3) dipancangkan kepada subjek ayat utama dalam ayat (1) dan ayat (4) dipancangkan kepada objek ayat utama.Kesimpulanya, ayat (1) terdiri daripada satu ayat utama dan dua ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat utama.
Lihat contoh berikut:
Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``Mancis api'' atau ``pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu.
Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.
Lihat contoh berikut:
Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``Mancis api'' atau ``pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu.
Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.
Perhatikan lagi contoh berikut:
(1) Jefri membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan(2) Jefri membeli novel Samad Said
(3) Novel Samad Said baru dipasarkan.
Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecildengan menggugurkan Novel Samad Said dan penggunaan kata yang.

No comments:

Post a Comment